Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Nostalgia: Tangkap Ikan DI Musim Menuai Teringat zaman kanak-kanak dahulu, musim menuai menjadi satu detik yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak. Mereka pakat berebut untuk menaiki mesin padi. Tak kiralah mesin padi tu tengah jalan atau berhenti ia cukup menggembirakan kanak-kanak. Paling menyeronokkan apabila dapat menangkap ikan dalam sawah sambil ikut belakang mesin padi. Malah, ada yang tangkap ikan pakai tangan. Ya! pakai tangan ja sebab ikan banyak sangat. Waktu ini, air di terusan sawah serta parit menjadi cetek dan ikan mudah ditangkap. Keindahan musim menuai turut diserikan lagi dengan kehadiran sekumpulan burung yang berterbangan sambil memakan padi yang telah dimesin. Nostalgia ini pasti dirindui oleh anak-anak jelapang padi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 28/09/2020, 19:00:11 

Tiada ulasan