Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
RM200 UNTUK SETIAP KELUARGA PKPD TONGKANG YARD ALOR SETAR – Penduduk Flat Tongkang Yard yang dikenakan PKPD Bersasar telah diberi sumbangan RM200 setiap keluarga dari Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini. Majlis penyerahan sumbangan ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Dato' Asri Redha Abdul Rahman. Sumbangan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Anggota Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan dan pasukan keselamatan polis dan tentera. Menurut Haji Sanusi, bekalan asas telah diberikan sebanyak dua kali dan telah ditubuhkan satu pusat pengumpulan bekalan makanan yang berhampiran dengan Flat tersebut di Dewan Rukun Tetangga. "Kepada sesiapa yang ingin menyumbang makanan, keperluan khusus atau pesanan yang dibuat oleh penghuni, barang-barang tersebut bolehlah diletakkan di pusat tersebut", ujar Haji Sanusi ketika sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Setar sebentar tadi. Haji Sanusi juga menyatakan berkaitan dengan sumbangan luar dari NGO-NGO yang ingin menghulurkan bantuan, hendaklah selaraskan sumbangan sebanyak 88 pek bagi setiap penghuni di PKPD tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 27/09/2020, 13:57:51
Post a Comment