Header Ads

test

PROJEK PEMBANGUNAN TERUS DIPESATKAN ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menggesa jabatan dan agensi ke...


PROJEK PEMBANGUNAN TERUS DIPESATKAN ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menggesa jabatan dan agensi ke...
PROJEK PEMBANGUNAN TERUS DIPESATKAN ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menggesa jabatan dan agensi kerajaan negeri ini menyegerakan semua projek pembangunan mengikut bajet yang telah diluluskan sebelum ini. Jelasnya, Ini bagi merancakkan kegiatan ekonomi dan seterusnya memberi impak yang positif kepada usahawan dan rakyat Kedah. Menurutnya, ekonomi negeri akan terjejas jika tidak dilaksanakan projek pembangunan walaupun ketika ini suhu ekonomi agak tidak menentu. Sehubungan itu, bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Wisma Darul Aman hari ini, beliau memaklumkan mesyuarat memberi mandat agar Pegawai Kewangan Negeri untuk memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah di luluskan dalam Bajet Kedah 2020. Katanya lagi, walaupun kerajaan negeri kekurangan hampir RM 90 juta hasil kutipan cukai tanah berbanding kutipan 2019, sekalipun tarikh akhir bayaran dilanjutkan hingga penghujung September akibat serangan pendemik Covid-19, namun projek pembangunan perlu dirancakkan. Menjawab soalan wartawan, beliau menegaskan bahawa tarikh akhir kutipan hasil cukai tanah tidak akan dilanjutkan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/30/2020, 7:00:48 PM 

Tiada ulasan