Header Ads

test

ADUN MERBAU PULAS LAWAT KAWASAN PERPARITAN KULIM – ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali merasmikan Majli...


ADUN MERBAU PULAS LAWAT KAWASAN PERPARITAN KULIM – ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali merasmikan Majlis Perasmian Penutup Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kedah yang bertempat di Simon Shed, Kampung Sungai Buluh, Sedim, Karangan, semalam. Dalam perjalanan pulang, YB berkesempatan melawat Kampung Padang Ubi, Labu Besar untuk melihat masalah perparitan yang terjadi berdekatan dengan Maahad Tahfiz Padang Ubi. Parit yang tersumbat menyebabkan banjir sering berlaku apabila hujan lebat. Buat sementara ini, pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Merbau Pulas akan menghantar jentera untuk membaiki serba sedikit parit tersebut supaya air dapat mengalir dengan baik. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/13/2020, 5:00:27 PM 

Tiada ulasan