Header Ads

test

BAJET 2021 "KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA" DIBENTANG 15 NOVEMBER ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanus...


BAJET 2021 "KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA" DIBENTANG 15 NOVEMBER ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Bajet Kedah 2021 dengan tema 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' itu bakal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dijadualkan pada 15 hingga 19 November nanti. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Haji Sanusi selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerajaan Negeri Kedah, pagi tadi. Ulasnya lagi bajet tersebut memberi fokus menangani kesan Covid-19 dan memakmurkan rakyat dengan memaksimakan aktiviti kebajikan dalam keadaan pendapatan negeri Kedah yang terhad. "Kita masih menganggarkan perkara ini (Pandemik Covid-19) akan memberi kesan kepada ekonomi dan belanjawan. Maka pada tahun 2021, kerajaan akan memberi tumpuan penuh kepada usaha-usaha mengaktifkan sektor ekonomi dan memaksimakan kutipan," ujar beliau lagi. Justeru, Menteri Besar Kedah mengingatkan syarikat, pihak persendirian dan penduduk supaya menjelaskan segera cukai kepada kerajaan bagi mereka yang belum menunai tanggungjawab tersebut. Perkara tersebut seiring usaha kerajaan untuk merangsang semula ekonomi yang terjejas berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. "Insya-Allah tahun depan (2021) apabila projek-projek besar dapat dilaksanakan di Kedah, saya harap supaya yang terhasil daripada projek-projek besar ni seperti pembinaan lima loji rawatan air yang telah selesai ditender dapat membantu (pulihkan ekonomi). Sektor pembinaan ini akan mengaktifkan banyak sektor lain. Saya yakin perkara ini akan memberi kitaran ekonomi yang baik untuk sektor-sektor lain," sambung beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/28/2020, 10:32:41 PM 

Tiada ulasan