Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH TANGANI COVID DENGAN MUAFAKAT SEMUA PIHAK Pelbagai pihak agensi kerajaan Persekutuan, negeri, swasta dan NGO tel...


KERAJAAN KEDAH TANGANI COVID DENGAN MUAFAKAT SEMUA PIHAK Pelbagai pihak agensi kerajaan Persekutuan, negeri, swasta dan NGO telah bekerjasama untuk mewujudkan Low Risk Covid Centre (LRCC) di Penjara Pokok Sena yang merupakan LRCC pertama di Semenanjung Malaysia bagi menangani Covid-19. Menteri Besar Kedah menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat membantu memudahkan tugasan petugas barisan hadapan di sana. YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turut memaklumkan perkembangan sumbangan kepada penduduk yang terjejas di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sebanyak RM35,200 diperuntukkan oleh kerajaan Kedah kepada 176 keluarga di Kampung Padang Che Mas, Baling yang dijangka diagihkan minggu hadapan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Baling. Setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM 200. Dalam sidang media yang diadakan sejurus mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) itu, Haji Sanusi memaklumkan kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sebanyak RM102 ribu kepada 485 keluarga yang merupakan ahli keluarga petugas penjara Pokok Sena yang diarahkan kuarantin. "Kerajaan negeri belum lagi mendapat jumlah sebenar mereka (keluarga petugas Penjara Sungai Petani) yang terlibat. Mudah-mudahan bila dapat jumlah sebenar kita akan segera sampaikan sumbangan tersebut,'' ujar beliau memaklumkan perkembangan bantuan kepada keluarga yang terlibat dengan perintah PKPD Penjara Sungai Petani. Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah juga mengalukan sebarang bantuan dari NGO dan orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan melalui PKOB yang diwujudkan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/21/2020, 11:00:34 PM 

Tiada ulasan