Header Ads

test

KXP DIBENTANG 27 OKTOBER UNTUK KELULUSAN ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Projek...


KXP DIBENTANG 27 OKTOBER UNTUK KELULUSAN ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Projek...
KXP DIBENTANG 27 OKTOBER UNTUK KELULUSAN ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) masih belum mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang akan berlangsung 27 Oktober nanti seterusnya dibawa ke kabinet bagi kelulusan peringkat seterusnya. Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika sidang media di Wisma Darul Aman, semalam selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Tambah Haji Sanusi, semua dapatan data kajian yang dilakukan oleh kesemua konsultan terlibat akan dibentang kepada MPFN. "Perkara ini (KXP) tidak pernah masuk MPFN lagi, daripada dahulu, kerajaan negeri lama umum sejak 2013 tetapi sampai tahun ini tidak pernah masuk MPFN dan tidak pernah masuk ke Kabinet, ujar beliau. Menteri Besar turut menjelaskan bahawa yang mendapat kelulusan pembinaan hanyalah lebuhraya sahaja manakala komponen lain KXP seperti aeropolis dan semikonduktor masih belum mendapat kelulusan. Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu pihak negeri telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, NCER dan KXP Airportcity Holdings Sdn. Bhd. menubuhkan jawatankuasa 'task force' bagi mempercepatkan proses pembentangan kepada pasukan kajian Plan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP). 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/1/2020, 1:22:04 PM 

Tiada ulasan