Header Ads

test

MB KEDAH SAMAN FITNAH BERKAITAN TUDUHAN PEMBELIAN VELLFIRE ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor te...


MB KEDAH SAMAN FITNAH BERKAITAN TUDUHAN PEMBELIAN VELLFIRE ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah melantik beberapa peguam bagi memfailkan saman fitnah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang serta individu yang telah melontarkan fitnah terhadap beliau berkaitan dengan tuduhan pembelian kereta Vellfire yang tular di media sosial. "Orang politik nak mendidik orang ramai perlu mendidik dengan fakta, asasnya mesti kebenaran, tidak boleh menimbulkan kekeliruan atas faktor yang tidak benar, menimbulkan kebencian, salah faham serta membina persepsi buruk terhadap orang lain atas fakta yang tidak benar. "Sebab itu lah, tidak hairan berlaku generasi baru anak muda tidak lagi berminat dengan politik. Mereka membuat kecaman-kecaman, kerana orang politik sekarang ini tidak lagi bersandarkan kepada fakta untuk menghalalkan matlamat mereka dengan membuat fitnah atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman hari ini. Menurut beliau, jika keadaan ini berterusan sektor politik akan menjadi sektor yang paling terkebelakang untuk diambil peduli. "Saya harap dengan tindakan mahkamah terhadap isu vellfire ini akan memberi kesedaran bahawa cakap mesti berfakta, tuduhan mesti diselidik. "Jangan ambil berita daripada orang yang fasik, orang-orang yang tidak boleh dipercayai untuk membina pandangan dan pendirian orang ramai," ujar beliau lagi. Baru-baru ini SADA telah membuat pencerahan berkaitan pembelian kereta vellfire di media sosial. Pengarah SPRM Dato' Hj Shaharom Nizam Abd Manap dalam satu kenyataan kepada RTM, juga mengesahkan tiada kesalahan dikesan berkaitan isu pembelian sebuah kereta mewah oleh Syarikat SADA. Beberapa pegawai SPRM telah hadir ke SADA untuk menjalankan siasatan dan tiada isu dibawah akta yang berkaitan dikesan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/21/2020, 4:17:05 PM 

Tiada ulasan