Header Ads

test

Pemergian Tuan Guru Haji Rafae' Satu Kehilangan Besar Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) mengucapkan takziah kepada seluru...


Pemergian Tuan Guru Haji Rafae' Satu Kehilangan Besar Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae' Yaakob, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi setelah dirawat di hospital kerana komplikasi jantung. Allahyarham yang merupakan Mudir Madrasah Zuhdiah yang terletak di Baling, Kedah sangat disegani dan menjadi rujukan oleh para asatizah terutama dalam ilmu tasawwuf. Semasa hayatnya, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019. Beliau telah melaksanakan tugas sebagai pewaris anbiya dengan penuh istiqomah sehingga penghujung usianya. UPDA mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dalam menghadapi kehilangan ini. Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama para anbiya, sidiqin, syuhada dan salihin. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman # UPDA -UPDA 10/12/2020, 1:04:29 PM 

Tiada ulasan