Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ZIARAH PESAKIT KRONIK ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali turut serta dalam penyerahan sumbangan kepada pelajar KPTM Alor Setar yang menghidapi penyakit Severe OSHANS with Chronic Type II Respiratory Failure semalam. Anis Syuhada Azlan merupakan pelajar semester empat jurusan Diploma in Business Management, Kolej KPTM Alor Setar. Beliau menghidapi penyakit Severe OSHANS with Chronic Type II Respiratory Failure iaitu sakit yang melibatkan masalah pernafasan yang memerlukan bantuan oksigen dan lebihan karbon monoksida. Penyakit yang dihidapi beliau adalah kesan daripada Kanser Hodgkin Lymphoma dan paru-paru kronik yang dihidapi beliau sejak dari sekolah. Anis juga mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada setiap bulan. Beliau juga perlu bergantung pada mesin pernafasan sepenuhnya 24 jam. Selain itu, bapa beliau pula hanya berkerja sendiri dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700.00 sebulan. Sehubungan dengan itu, bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Anis Syuhada sekeluarga, pihak KPTM Alor Setar bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Alor Setar, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), dan KPTM - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada beliau sekeluarga. YB juga turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada beliau. Turut hadir bersama didalam program tersebut ialah, Pegawai Khas (Wanita) Menteri Besar Kedah, Norhafiza Fadzil, Pengarah KPTM Alor setar serta para pegawai KPTM Alor Setar, Pengarah Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah serta wakil dari MARA Negeri Kedah. 'Kedah Sejahtera nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/20/2020, 5:00:20 PM 

Tiada ulasan