Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
MASJID TERIMA SET SANITASI NYAH KUMAN KUPANG - Empat masjid di Kupang terima sumbangan set sanitasi masjid untuk nyah kuman yang terdiri daripada mesin sanitasi, dua botol cecair pembasmi kuman, dua kotak pelitup muka dan dua set cermin mata keselamatan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh ADUN Kupang, Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Ahmad di Masjid Ehsaniah Pekan Kupang. Empat masjid yang menerima sumbangan set sanitasi ialah Masjid Azizi Kampung Tanjung, Masjid Al Huda Kampung Hangus, Masjid Al Ma'bud, Kampung Charok Bemban dan Masjid Ehsaniah pekan Kupang. Turut hadir, Pegawai Khas PKWR DUN Kupang, Ustaz Hassan Saad dan Setiausaha PKWR DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/9/2020, 11:00:35 AM 

Tiada ulasan