Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MADA PANTAU SALIRAN PUNCA BANJIR SUNGAI BARU - Penyelaras DUN Anak Bukit, Mohd Rashidi Abdul Razak mengiringi Pengerusi MADA, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman turun padang bersama Pegawai Kanan MADA melawat dan melihat sendiri keadaan Kampung Sungai Baru yang ditimpa banjir akibat masalah saliran air di bawah seliaan MADA. Dua hari lalu, tinjauan Penyelaras DUN Anak Bukit bersama rombongan pimpinan masyarakat setempat mendapati banjir di beberapa kampung tersebut berpunca dari limpahan air kerana jambatan-jambatan di sungai tersebut yang rendah lalu mengganggu arus air setelah banyak sampah sarap tersangkut. Hasil perbincangan dalam sesi lawatan tersebut akan dibawa masuk dalam mesyuarat tertinggi MADA bagi menyelesaikan masalah aliran sungai agar kejadian banjir tidak berulang lagi. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar, Ustaz Hamdi Ishak, Wakil Ahli Jemaah Pengarah PPK MADA Kuala Sungai, Abdul Basir Ahmad, Zamri Zakaria, Muhd Saidi Azizan, Pengerusi JPKK Sungai Baru Gunung, Dato' Rashid Nana dan Pengerusi JPKK Sungai Baru Tok Keramat, Shahrul. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/16/2020, 9:58:08 PM 

Tiada ulasan