Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SPRM KEDAH KOMITED BASMI RASUAH BERSAMA RAKAN STRATEGIK ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah,YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Majlis Apresiasi SPRM Kedah bersama rakan strategik 'Seluhur Budi Jalinan Bakti' di Menara SADA, Alor Setar. Majlis apresiasi tersebut bagi meraikan rakan strategik SPRM serta mengukuhkan kerjasama terutama dalam aspek pencegahan rasuah dan integriti. Majlis itu turut meraikan enam pegawai SPRM yang berpindah tugas ke cawangan lain dan bekas pegawai yang telah bersara kerana telah berkhidmat dengan cemerlang. "Tidak dilupa, bekas-bekas pegawai dan kakitangan SPRM yang telah bersara hadir bersama pada malam ini serta seluruh warga kerja SPRM yang telah berkhidmat dengan begitu baik bersama SPRM," ujar Pengarah SPRM Kedah, Dato' Shaharom Nizam Abd Manap dalam ucapan apresiasinya. Menurut Pengarah SPRM Kedah, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan NGO bagi memberi pendedahan berkaitan pencegahan rasuah. Katanya lagi, penubuhan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) di 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Kedah merupakan manifestasi komitmen jitu pasukannya menanam kefahaman berkaitan pencegahan rasuah. SPRM turut memberi penghargaan kepada AMAR yang menyertai pertandingan video pendek anti rasuah. Wakil AMAR Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyandang tempat pertama, tempat kedua oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) dan ketiga oleh Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim, Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Zaid Ahmad, Ketua Polis Negeri Kedah, Dato' Hasanuddin Hassan dan Pegawai Daerah Kota Setar, Mohd Asri Redha Abdul Rahman. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/23/2020, 9:08:53 PM 

Tiada ulasan