Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ATM BANTU TUBUH MTC DI PENJARA POKOK SENA POKOK SENA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk KKM, ATM, Jabatan Penjara, JBPM (HAZMAT), JKR, Syarikat Konsesi Edgenta, TNB dan SADA (Syarikat Air Darul Aman) membantu mendirikan Makeshift Treatment Centre (MTC) di dalam Penjara Pokok Sena. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Perubatan Tentera Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kol (Dr) Mohd Arshil Moideen akan mengetuai pasukan teknikal pusat berkenaan. MTC juga dilengkapi dengan khemah yang akan digunakan sebagai wad ICU, pusat nyahkuman, makmal dan bilik gerakan. Seramai dua Pegawai Perubatan, lima Paramedik dan dua anggota Semboyan disusun di MTC tersebut yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 20 Oktober 2020. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/18/2020, 5:00:01 PM 

Tiada ulasan