Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BATTLE OF JITRA Peninggalan kubu British sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk berhampiran akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu. Kubu yang menjadi saksi pertempuran berdarah ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu itu masih kukuh berdiri walaupun tujuh dekad sudah berlalu. Sebanyak 26 kubu yang dibina tentera British ketika era 1940-an di seluruh Kedah dengan kebanyakannya terletak di daerah Kota Setar dan juga Kubang Pasu, untuk menghadapi serangan Jepun yang datang dari Siam (Thailand). Orang tempatan lebih mengenali sebagai kubu Jepun walaupun ia dibina oleh tentera British. Ini kerana, ingatan terhadap kekejaman tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu amat membekas di hati penduduk setempat. Namun, kubu tersebut gagal digunakan ketika itu sebagai pertahanan berpunca daripada ia dimasuki air berikutan musim hujan apatah lagi dibina di kawasan tanah rendah. #streetphotography #UPDA #UrusetiaPeneranganDarulAman #nostalgia #sejarahlama -UPDA 10/27/2020, 11:00:12 PM 

Tiada ulasan