Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


YB BANGGA DENGAN PENCAPAIAN SUKAN DIPERINGKAT MURID SEKOLAH RENDAH PENDANG – Satu Majlis Penutup Mini Tournament Sportizza Northern anjuran akademi Futsal Sportizza Zon Utara bawah umur 10 tahun dan 12 tahun diadakan Banggol Besi, Pendang baru-baru ini. Pertandingan ini disertai oleh pasukan akedemi dari Kangar, Jitra, Alor Setar, Pendang dan Sungai Petani. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga, Pengairan dan Saliran, YB Dato' Suraya Yaacob amat berbangga dengan inisiatif pihak pengurusan Sportizza untuk mengadakan pertandingan seumpama ini untuk memberi pendedahan dan mencungkil bakat-bakat "ubi muda" bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Dengan semangat yang ada di dalam diri anak-anak ini , ditambah dengan sokongan oleh ibu bapa dan tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih berpengalaman, beliau merasakan inilah ramuan terbaik untuk melahirkan lebih ramai ahli sukan yang berjaya di masa hadapan. "Penglibatan anak-anak gadis cilik di dalam pasukan futsal yang di dominasi golongan lelaki membuktikan pembangunan bola sepak wanita kita telah mendapat perhatian di arena bola sepak," ujar beliau ketika merasmikan majlis penutup majlis tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/26/2020, 1:30:30 PM 

Tiada ulasan