Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
LADANG KONTRAK SOLUSI SELAMATKAN PADI NEGARA ALOR SETAR - Pengerusi MADA, YB Ustaz Tarmizi Sulaiman mengetuai rombongan MADA Corp mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, petang ini. MADA CORP yang dulunya dikenali sebagai Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd dan dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kini, Pengerusi MADA Corp disandang oleh Dato' Haji Ahmad Zakaria yang juga turut hadir dalam pertemuan tersebut. Pertemuan ini membincangkan usaha membangunkan industri penghasilan padi dan beras negara iaitu melalui program ladang kontrak berskala besar di antara pihak MADA bersama kerajaan negeri Kedah. Ianya dapat mengurangkan kos, meningkatkan hasil dan memaksimakan pengeluaran tahap sara diri (SSL) beras negara. Selain itu, program ini juga bakal menyelesaikan masalah agihan benih yang menjadi masalah berbangkit satiap musim penanaman padi dan menyediakan beras yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MADA Corp, Haji Mohamad Anuar Pir Mohamad, Pengurus Besar Korporat Strategi dan Perniagaan MADA Corp, Shobihah Abu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/6/2020, 9:47:42 PM 

Tiada ulasan