Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MPFN MESYUARAT ATAS TALIAN ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md menyertai Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) secara atas talian yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa perkara termasuk pelaksanaan beberapa projek penting kepada rakyat dan negeri Kedah. Antaranya, penyediaan Pelan Tindakan Jaminan Digital Negara (JENDELA) yang menyasarkan untuk memperluas liputan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar dalam usaha mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G. Selain itu, isu-isu berkaitan jaminan sumber bekalan air mentah bagi negeri Kedah dan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) serta keperluan kajian guna tanah kawasan sumber makanan negara juga turut dibangkitkan pada mesyuarat kali ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/27/2020, 5:01:28 PM 

Tiada ulasan