Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering. Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun. Apakah monsun? Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup dari arah timur laut semasa musim sejuk di Hemisfera Utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di Hemisfera Utara. Sumber : https://www.met.gov.my/pendidikan/cuaca/fenomenacuaca -UPDA 10/13/2020, 9:41:07 AM
Post a Comment