Header Ads

test

SANUSI KOMITED LANGSAI HUTANG LAMA KFA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan keputusannya ...


SANUSI KOMITED LANGSAI HUTANG LAMA KFA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan keputusannya ...
SANUSI KOMITED LANGSAI HUTANG LAMA KFA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada 15 Oktober ini berikutan ingin menumpukan pada tugasan utama beliau menerajui negeri Kedah. "Saya tetap dengan keputusan saya untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA pada 15 Oktober ini selepas saya dapat selesaikan semua hutang-hutang kepada pemain sebelum tarikh tersebut, ujar beliau pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau meletak jawatan atas faktor merajuk kerana menerima kecaman di media sosial baru-baru ini selepas tularnya logo dan nama baharu pasukan bola yang didaftarkan. Beliau memaklumkan surat perletakan jawatan sebagai Presiden KFA telah dihantar pada 25 September lalu dan ini menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya, pemilihan tarikh 15 Oktober itu selaras dengan usaha beliau untuk menyelesaikan semua tunggakan hutang sebelum tarikh tersebut. Jadi saya dah bertungkus-lumus mencari dana berjumpa dengan orang ini dan orang itu untuk menyelesaikan tunggakan ini, insya Allah sebelum 15 Oktober ini saya akan selesaikan dan akan melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih berkelayakan memimpin KFA." Presiden KFA turut mendedahkan jumlah tunggakan hutang sebenar yang ditinggalkan oleh Presiden KFA sebelum beliau ialah sekitar RM14 juta dan bukanlah RM 10 juta seperti yang pernah beliau maklumkan sebelum ini. "Sebelum ini saya ada sebut hutang KFA kepada pemain-pemain adalah 10 juta, sebenarnya selepas saya siasat balik, jumlahnya adalah sebanyak RM14 juta kesemuanya," tambahnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA SANUSI KOMITED LANGSAI HUTANG LAMA KFA ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada 15 Oktober ini berikutan ingin menumpukan pada tugasan utama beliau menerajui negeri Kedah. "Saya tetap dengan keputusan saya untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA pada 15 Oktober ini selepas saya dapat selesaikan semua hutang-hutang kepada pemain sebelum tarikh tersebut, ujar beliau pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau meletak jawatan atas faktor merajuk kerana menerima kecaman di media sosial baru-baru ini selepas tularnya logo dan nama baharu pasukan bola yang didaftarkan. Beliau memaklumkan surat perletakan jawatan sebagai Presiden KFA telah dihantar pada 25 September lalu dan ini menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya, pemilihan tarikh 15 Oktober itu selaras dengan usaha beliau untuk menyelesaikan semua tunggakan hutang sebelum tarikh tersebut. Jadi saya dah bertungkus-lumus mencari dana berjumpa dengan orang ini dan orang itu untuk menyelesaikan tunggakan ini, insya Allah sebelum 15 Oktober ini saya akan selesaikan dan akan melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih berkelayakan memimpin KFA." Presiden KFA turut mendedahkan jumlah tunggakan hutang sebenar yang ditinggalkan oleh Presiden KFA sebelum beliau ialah sekitar RM14 juta dan bukanlah RM 10 juta seperti yang pernah beliau maklumkan sebelum ini. "Sebelum ini saya ada sebut hutang KFA kepada pemain-pemain adalah 10 juta, sebenarnya selepas saya siasat balik, jumlahnya adalah sebanyak RM14 juta kesemuanya," tambahnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA-UPDA 10/8/2020, 4:00:06 PM 

Tiada ulasan