Header Ads

test

SEKOLAH AGAMA NEGERI MAMPU MENCAPAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. ALOR SETAR - Sekolah Agama di negeri Kedah dilihat menjadi ...


SEKOLAH AGAMA NEGERI MAMPU MENCAPAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. ALOR SETAR - Sekolah Agama di negeri Kedah dilihat menjadi penyumbang utama untuk melahirkan generasi bijak pandai yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan, Sumber Manusia, YB Dato' Najmi Ahmad berkata terdapat ramai negarawan di dalam negara ini lahir daripada sekolah agama negeri masing-masing yang tidak boleh dipandang remeh. "Kita dapat lihat bahawa adanya sekolah-sekolah agama ini dapat melahirkan imam serta ilmuwan Islam yang terkenal dalam negara malah seluruh dunia semakin berkurang dan tidak menepati ciri yang diinginkan. "Dengan adanya pemimpin atasan yang baik, tenaga pengajar sekolah agama pula dilihat sangat komited dalam proses pembelajaran dan ini sangat membantu dalam merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan demi menaikkan kedudukan negeri ini ke kedudukan yang baik dalam peperiksaan terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ucaptama Program Peningkatan Profesionalisme Kepimpinan Atasan Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Kedah Tahun 2020 di Auditorium Aras 1, Zon A, Wisma Persekutuan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Kedah di sini, semalam. Hadir sama Ketua Nazir Negeri Kedah, Ahmad Rusli Din, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Mohd Yusri Mad Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah JPN Kedah, Malek Abu Hassan dan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud, Sharifah Nurul Asyikhah Syed Mohamad. Dalam pada itu, Najmi turut berpesan kepada kepada warga pengajar sekolah di negeri ini agar membuat satu pelan pembangunan baharu demi meningkatkan prestasi pelajar kerana norma baharu akibat Pandemik Covid-19 banyak mengubah dunia dalam pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan. "Memandangkan penularan wabak ini sangat serius maka pembelajaran yang tertangguh haruslah diuruskan dengan sebaik mungkin agar pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh dan dapat meningkatkan taraf pendidikan negara," tambahnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/23/2020, 3:09:17 PM 

Tiada ulasan