10 RIBU BAYI KELAHIRAN 2021 TERIMA BANTUAN RM100 ALOR SETAR- Kerajaan negeri Kedah akan melaksanakan Program Anakku Sejahtera ...
10 RIBU BAYI KELAHIRAN 2021 TERIMA BANTUAN RM100 ALOR SETAR- Kerajaan negeri Kedah akan melaksanakan Program Anakku Sejahtera bermula awal tahun 2021 sebagai salah satu inisiatif pembasmian kemiskinan untuk rakyat Negeri Kedah melalui bantuan tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM100.00 seorang. Program Anakku Sejahtera ini merupakan gabungan bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan jangkaan program ini dapat membantu kira-kira 10 ribu bayi yang baru lahir awal Januari 2021 untuk mempunyai simpanan sejak lahir lagi. Menurut Exco Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Ashah Haji Ghazali berkata, mereka yang layak menerima peruntukan ini adalah dengan mengikuti syarat pendapatan isi rumah keluarga di bawah RM2,254. "Hanya ibu bapa yang lahir dan bermastautin di Kedah sahaja yang layak untuk menerima peruntukan ini, "ujar beliau dalam sesi penggulungan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) yang berlangsung di Wisma Darul Aman baru-baru ini. Maklum beliau lagi, ibu bapa perlu memohon dengan menyertakan permohonan lengkap seperti salin kad kelahiran bayi, kad pengenalan ibu bapa, slip gaji yang telah diperakui sah dan salinan penyata akaun SSPN-i dan terus menghantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dalam tempoh tiga bulan. "Borang boleh dapatkan di Pejabat DUN atau Penyelaras DUN bermula 2021 ini," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/21/2020, 5:00:05 PM
Post a Comment