BANTUAN KHAS RM1,000 PENJAWAT AWAM KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas RM1,000 seorang kepada sem...
BANTUAN KHAS RM1,000 PENJAWAT AWAM KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas RM1,000 seorang kepada semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri pada Disember ini. Menurut YAB Haji Sanusi Md Nor, sebanyak RM5.6 juta peruntukan bantuan khas yang bertujuan untuk menghargai pengorbanan semua penjawat awam dianggarkan seramai 5,000 orang. "Kerajaan negeri mengakui kakitangan awam negeri komited melaksanakan semua dasar dan arahan kerajaan seperti menguruskan Pusat Kawalan Operasi Bencana ketika pandemik Covid-19," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Tambahnya lagi, pada akhir tahun ini kerajaan bersetuju memberikan sumbangan RM200 kepada petugas barisan hadapan di Jabatan Kesihatan Negeri. "Bayaran untuk petugas barisan hadapan JKN Kedah merangkumi jururawat, pembantu perubatan, pemandu ambulans dan lain-lain adalah bagi menghargai pengorbanan dan kerja keras mereka dalam menangani pandemik COVID-19. "Kesemua bantuan ini menelan belanja sebanyak RM21.75 juta," ujarnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/15/2020, 2:09:08 PM
Post a Comment