Header Ads

test

KEDAH PERKUKUH MUAFAKAT BERSAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor Sanusi memaklumkan pi...


KEDAH PERKUKUH MUAFAKAT BERSAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor Sanusi memaklumkan pihaknya telah selesai membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan mengenai keperluan keperluan kerajaan negeri bagi membangunkan ekonomi yang terjejas teruk akibat Pandemik Covid-19. Beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan tersebut demi memastikan Kedah mampu memulihkan ekonomi dan menaik taraf kehidupan rakyat yang rata-ratanya dalam bidang pertanian. Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika sidang media di Wisma Darul Aman selepas bermesyuarat bersama Menteri Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Takiyuddin Hassan. Dalam sidang media yang sama, YB Dato' Takiyuddin Hassan memberi respon bahawa pihaknya telah turun ke Kedah pada 20 Oktober yang lalu bagi mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan persekutuan setelah lantikan tersebut berkuatkuasa mulai 1 September 2020. "Saya merupakan fasilitator iaitu pemudah cara antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan segala program, projek, peruntukan, bantuan dan pampasan yang sepatutnya diperolehi kerajaan negeri," ujar YB Dato' Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Dalam perkembangan lain, Haji Sanusi turut memaklumkan Sidang DUN Kedah akan terus dilaksanakan dengan mengikut syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/8/2020, 7:48:30 PM 

Tiada ulasan