Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH CAKNA ISU DENGGI ALOR SETAR - Kes denggi di Kedah merekodkan sebanyak 737 kes dan 28 lokaliti yang terlibat dari...


KERAJAAN KEDAH CAKNA ISU DENGGI ALOR SETAR - Kes denggi di Kedah merekodkan sebanyak 737 kes dan 28 lokaliti yang terlibat dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2020. Hasil mesyuarat kerajaan negeri telah memutuskan untuk menganjurkan satu kempen Pelancaran Hari Hapus Nyamuk Aedes peringkat negeri Kedah. Tarikh pelancaran kempen ini akan dimaklumkan oleh Exco Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman. "Saya seru kepada penduduk di negeri Kedah khususnya di taman perumahan, premis perniagaan dan kampung-kampung agar membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,"ujar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media di Wisma Darul Aman hari ini. Dalam perkembangan lain, Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan berkaitan penutupan dua sekolah di Kedah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok disebabkan mempunyai kontak rapat Covid-19. "Penutupan dua sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan dan saringan COVID-19 dapat dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/4/2020, 5:15:42 PM 

Tiada ulasan