Header Ads

test

PENAMATAN PKPB DI KEDAH MUNGKIN DIAWALKAN ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersetuju jika Kerajaan ...


PENAMATAN PKPB DI KEDAH MUNGKIN DIAWALKAN ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersetuju jika Kerajaan Persekutuan memutuskan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kedah di awalkan. Menurut Haji Sanusi, kebanyakan kluster di Kedah sudah berakhir kecuali kluster tembok yang mempunyai rekod yang tidak melebihi 10 kes. "Penularan kes daripada kluster Permatang, Bayan dan Intan pun nampak terkawal dengan cuma ada dua kes semalam. "Saya yakin perkara-perkara ini diberi pertimbangan oleh MKN untuk menamatkan PKPB di negeri Kedah," ujar beliau ketika sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini. Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melaporkan, Perintah PKPB di Kedah, Terengganu dan Johor mungkin ditamatkan tidak lama lagi ekoran keadaan Covid-19 yang terkawal dalam dua minggu ini. Haji Sanusi juga yakin Kedah akan kembali hijau tidak lama lagi. "Kes di Kedah dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini sentiasa di bawah 10 termasuk kluster Tembok. Kes di luar penjara pula kelihatan tidak terlalu serius,"ujarnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/17/2020, 10:00:49 PM 

Tiada ulasan