Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
BAJET 2021 KEDAH BERIKAN TAWARAN TERBAIK KEPADA RAKYAT ALOR SETAR – 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' adalah fokus yang dibawa oleh Kerajaan Perikatan Nasional di Kedah untuk Belanjawan 2021 Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah. Analisis Bajet 2021 secara sulungnya telah bersiaran di Page Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA) baru-baru ini dengan mempersembahkan barisan panel yang hebat iaitu YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat ADUN Sungai Limau dan YB Haji Azhar Ibrahim ADUN Ayer Hitam mengupas tajuk Mensejahterakan Ekonomi Dan Meningkatkan Pendapatan Rakyat. Menurut Azhar Ibrahim, semua rakyat perlu merebut peluang, ruang dan tawaran yang terdapat dalam Bajet 2021. Mereka perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), penghulu atau pejabat khidmat wakil rakyat masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang tawaran dan bagi membuat permohonan. Mohd Azam berkata Bajet 2021 merupakan inisiatif untuk membantu rakyat dan setiap peruntukan yang dibentangkan bukan satu kata-kata yang kosong. "Kerajaan sebelum ini hanya beberapa bantuan yang berjalan, tetapi kerajaan sekarang ini bersungguh-sungguh nak bantu dengan kita turun ke masjid-masjid ada ruang berjumpa dengan tuan imam. Bahkan, jika ada kematian, wakil rakyat terus turun dan menghulurkan sumbangan khairat kematian dengan menggunakan wang sendiri dahulu. Ini merupakan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat Kedah dengan lebih baik," ujar beliau ketika sesi huraian akhir di pentas Analisis Bajet 2021. Ketua Pegawai Operasi UPDA Abdul Hadi Omar selaku Moderator malam tersebut mengajak semua rakyat untuk tonton Program Analisis Bajet Kedah 2021 yang akan bersiaran sepanjang minggu ini dan minggu depan dengan penampilan ahli panel jemputan terdiri daripada pimpinan kerajaan, pimpinan politik dan ahli akademik yang akan mengupas tajuk berkaitan Bajet Kedah 2021. Beliau juga mengingatkan rakyat untuk melayari page Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA) untuk mendapatkan info Program Analisis Bajet Kedah 2021 dan berita-berita terkini negeri Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/24/2020, 3:35:46 PM
Post a Comment