Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JPKK NEGERI KEDAH SIK - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Dewan Al-Hana hari ini. Peranan JPKK ini adalah satu Jawatankuasa yang penting bagi membantu dasar-dasar kerajaan dan menjadi agen penghubung antara rakyat dan kerajaan sehingga ke akar umbi. "Kita nak cari pemimpin di kampung tu yang mana orang kampung boleh dengar arahan dia, ada pengaruh, boleh menyampaikan dasar kerajaan, boleh memimpin orang ramai. Jangan diimport dari kawasan lain, kemudian dilantik untuk kampung itu sedangkan orang kampung pun tak kenalnya. Saya tak akan benarkan itu berlaku pada zaman saya jadi Menteri Besar," ujar beliau memberi penegasan dalam ucapannya. Menurut Haji Sanusi, pemilihan JPKK ini hampir selesai untuk seluruh daerah di Kedah. Beliau juga menitipkan nasihat kepada semua bahawa menjadi pemimpin ini bukan sesuatu yang membanggakan dan menjalankan amanah dengan menunjukkan prestasi baik kepada rakyat. "Semangat saling bekerjasama sesama kita tanpa mengira perbezaan politik amatlah penting untuk kita hidup bermuafakat. Institusi JPKK hendaklah sentiasa bersikap terbuka dalam memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk saling membantu menjayakan aktiviti," ulasnya lagi. Turut hadir Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri, YB Dato' Ustazah Ashah Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Norizan Khazali, Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man dan Pengarah Pembangunan Luar Bandar Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Hakmal Ishak. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/1/2020, 10:32:06 PM 

Tiada ulasan