Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROJEK BAIK PULIH RUMAH ASNAF KUALA TUNJANG AYER HITAM - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam dengan kerjasama Yayasan Jariah Aafiyat dalam projek membaik pulih rumah asnaf di Kuala Tunjang. Majlis penyempurnaan program gotong-royong tersebut disempurnakan dengan kehadiran ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim. "Pihak kami mengalu-alukan sapa-sapa saja yang nak tolong, berapa saja yang nak diberi. Kita sama-sama tolong orang yang memerluka," ujar YB Azhar ketika majlis tersebut. Program ini dijalankan bagi membantu keluarga tersebut membina tambahan 2 bilik tidur, membaik pulih tandas baharu serta menyediakan peralatan asas rumah. Tambahnya lagi, Yayasan Jariah Aafiyat merupakan penyumbang bantuan kewangan bagi membeli bahan binaan manakala sukarelawan pembinaan adalah di kalangan ahli jawatankuasa PKWR Dun Ayer Hitam, masyarakat setempat dan pihak yayasan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/14/2020, 9:38:41 AM 

Tiada ulasan