Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH PERKENAL KONSEP GOTONG-ROYONG BAIKI RUMAH UZUR AYER HITAM- YAB Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md Nor ada menyebut tentang program pembangunan sosial iaitu baiki rumah berkonsepkan gotong-royong dalam pembentangan Bajet Kedah baru-baru ini. Peruntukan berjumlah RM2 juta akan disalurkan melalui wakil rakyat bermula tahun hadapan setelah diluluskan dalam Bajet Kedah 2021 baru-baru ini. Bagaimanapun, program tersebut telah pun dilaksanakan oleh ADUN Kerajaan Kedah menggunakan peruntukan berbaki selepas mengambil alih tampuk pemerintahan di Kedah. Program ini disambut oleh ADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim dengan mengadakan gotong-royong membaiki dan menyiapkan rumah saudara Anuar Hashim bersama penduduk Kampung Pulau Maharaja, Padang Perahu. Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam mengeluarkan sejumlah peruntukan manakala pihak komuniti pula menyediakan tenaga kerja. Menurut YB Haji Azhar Ibrahim, ini bukanlah permulaan projek baiki rumah yang diusahakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam tetapi ini adalah penerusan kepada beberapa program yang serupa sebelum ini. Beliau turut berharap projek ini akan berpanjangan pada masa-masa hadapan sesuai dengan saranan YAB Menteri Besar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/29/2020, 11:00:01 AM 

Tiada ulasan