Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NCIA CATAT PELABURAN SEKALI GANDA DARI SASARAN 2020 ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-24 (PB24) secara atas talian yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Mesyuarat ini adalah untuk memberi laporan semasa kemajuan projek dan program modal insan yang dilaksanakan di negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pihak Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mencatatkan pelaburan sebanyak RM15.5 bilion. Pelaburan ini melepasi sasaran pelaburan tahun 2020, iaitu lebih dari sekali ganda daripada perancangan awal sebanyak RM7 bilion. Di samping itu, peluang pekerjaan juga berjaya ditingkatkan dari sasaran awal 5,900 kepada 23,000 pekerjaan berbanding sasaran awal sebanyak 5,900 pekerjaan. Mesyuarat secara atas talian itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan YM Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz selaku wakil sektor swasta. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/17/2020, 2:26:22 PM 

Tiada ulasan