Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


DUA RUMAH HANGUS TERBAKAR ANAK BUKIT – Terdapat dua rumah terbakar di Kampung Alor Madi jam 5.30 petang semalam. Rumah tersebut mengalami kerosakan yang teruk hampir 85 peratus hangus. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turun padang menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa Syarifah Bahariah Syed Noh dan Radzian Arshad. YAB turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di sebuah rumah di Padang Gunung, Gunung Keriang minggu lepas. Turut hadir dalam ziarah ini, Exco Kebajikan, YB Halimahton Shadiaah Saad, Pegawai Daerah Kota Setar, Dato' Mohd Asri Redho, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/12/2020, 3:00:02 PM 

Tiada ulasan