PROJEK PELEBARAN JALAN PUTRA DIJANGKA SIAP PERTENGAHAN 2024 ALOR SETAR – Projek pelebaran Jalan Putra akan bermula tahun hadapa...
PROJEK PELEBARAN JALAN PUTRA DIJANGKA SIAP PERTENGAHAN 2024 ALOR SETAR – Projek pelebaran Jalan Putra akan bermula tahun hadapan untuk fasa dari Simpang Kuala Sungai hingga Simpang Tiga Kemboja. Ia dijangka siap pada tahun 2024. Manakala bagi fasa lanjutannya akan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu bermula dari Simpang Tiga Kemboja hingga ke Sanglang. "Projek menaik taraf laluan daripada persimpangan lencongan barat ke persimpangan Simpang Tiga Kemboja Kedah, projek ini dijangka akan dilaksanakan pada 2021 dan akan siap pada pertengahan tahun 2024." Jawapan tersebut diberikan Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga, YB Dato' Suraya Yaacob ketika menjawab soalan dari ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman semalam. ADUN Ayer Hitam turut mencadangkan kepada Exco Kerja Raya agar pemantauan khusus sistem perparitan yang bakal dibina mengiringi projek pelebaran tersebut. Pemantauan itu bagi mengelakkan masalah banjir kilat yang mungkin melanda Pekan Kodiang. Sebelum ini, premis di sepanjang pekan Ayer Hitam, Kerpan dan Sanglang dilanda banjir kilat akibat masalah perparitan selepas pelebaran Jalan Jitra-Kodiang disiapkan sekitar 10 tahun. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #SidangDUN14Kedah -UPDA 11/19/2020, 2:00:41 PM
Post a Comment