Header Ads

test

RM2 JUTA PERUNTUKAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Azam Abdul Samat menyokong bajet yang dibentangkan o...


RM2 JUTA PERUNTUKAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Azam Abdul Samat menyokong bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sesi perbahasan Belanjawan Kedah 2021 pada Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman baru-baru ini. "Program pembangunan sosial yang memperuntukkan RM2 juta untuk membaiki rumah yang uzur bagi penduduk miskin secara gotong-royong suatu merupakan langkah yang amat baik," ujar beliau. YB Azam turut memberi cadangan agar aktiviti gotong-royong tersebut dibuka kepada pelbagai agensi samada dalam negeri Kedah mahupun dari seluruh negara. Usaha tersebut dilihat mampu membantu lebih banyak rumah yang uzur untuk dibaiki di Kedah dan mendekatkan masyarakat dengan agensi terlibat. Beliau turut menghargai perhatian pihak kerajaan terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dengan meningkatkan anggaran perbekalan JHEAIK kepada 64.8 juta berbanding 61.7 juta pada tahun lalu. Perbahasan ADUN Sungai Limau turut menyentuh berkaitan pemerkasaan institusi pendidikan agama dengan mencadangkan satu penubuhan jawatankuasa bagi menyelaras institusi pendidikan Islam di negeri Kedah. Cadangan tersebut termasuk menjadikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) sebagai paksi dan model pengurusan pendidikan Islam yang lebih menyeluruh di Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/26/2020, 9:03:56 AM 

Tiada ulasan