Header Ads

test

RM2.25 JUTA PERUNTUKAN MASJID DAN SURAU ALOR SETAR- Kerajaan negeri Kedah akan memberikan peruntukan sebanyak RM2.25 juta bagi...


RM2.25 JUTA PERUNTUKAN MASJID DAN SURAU ALOR SETAR- Kerajaan negeri Kedah akan memberikan peruntukan sebanyak RM2.25 juta bagi pembinaan kemudahan masjid dan surau dan peruntukan tersebut akan dimasukkan terus ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK). Exco Agama Kedah, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad berkata demikian ketika sesi pergulungan Mesyuarat Sidang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman baru-baru ini. "Setiap masjid atau surau yang memohon peruntukan tidak lagi perlu menunggu jawapan Pejabat Kewangan Negeri seperti mana amalan diguna pakai kerajaan terdahulu. "Peruntukan RM2.25 juta bagi tahun 2021 akan disalurkan secara terus kepada JHEAIK. Ini bermakna kuasa meluluskan permohonan akan ditentukan jabatan tersebut," katanya ketika diminta mengulas Bajet 2021 berkaitan peruntukan prasarana masjid dan surau. Menurutnya, setiap masjid dan surau boleh memohon peruntukan ini bermula Januari 2021 melalui Pejabat Agama di daerah masing-masing. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/20/2020, 5:25:14 PM 

Tiada ulasan