Header Ads

test

SADA LANGSAI HUTANG LSANK SECARA ANSUR ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam usaha melangsaikan beban hutang terhad...


SADA LANGSAI HUTANG LSANK SECARA ANSUR ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam usaha melangsaikan beban hutang terhadap Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebanyak RM24 juta secara beransur-ansur bermula Disember ini. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dengan hasil pembayaran hutang ini LSANK akan mampu menyumbang kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta. "Kita akan selesaikan bayaran semasa tiap-tiap bulan dan permulaan kepada pembayaran sepenuhnya kepada LSANK tiga sen setiap meter padu yang diambil air mentah daripada sumber ini akan bermula pada April," ujar beliau ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau juga menyatakan cara pembayaran hutang SADA ini adalah dengan membuat penyusunan semua sehingga mencapai penjimatan yang banyak. "Contohnya majikan meminta pekerja untuk membuat kerja lebih masa dengan memotong rumput di loji. Satu petak berapa saiz dia, kita bayar lapan ringgit satu petak. "Dengan cara ini kita hanya perlu belanja sebulan RM36 ribu berbanding sebelum ini RM99 ribu kos untuk potong rumput sahaja. Bila kita ubah sistem kerja, kita telah jimat RM66 ribu," tegas beliau. "Kita buat sendiri bukan sebab kita tak mahu bagi kawan-kawan kita yang jadi kontraktor tumpang kerja dengan kita. Pasal kita ada keperluan lain yang lebih penting untuk kita buat penjimatan. "Kita bayar hutang dan lebih besar daripada tu kita nak jana pendapatan untuk SADA bayar hutang-hutang kepada kerajaan persekutuan," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/18/2020, 10:44:36 PM 

Tiada ulasan