Header Ads

test

SKMM LULUSKAN PEMBINAAN 105 MENARA KOMUNIKASI KEDAH ALOR SETAR - Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam...


SKMM LULUSKAN PEMBINAAN 105 MENARA KOMUNIKASI KEDAH ALOR SETAR - Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Romani Wan Salim memaklumkan SKMM meluluskan pembinaan 105 menara pemancar baharu serta 25 menara telekomunikasi akan disiap dibina sehingga awal tahun depan. YB Romani memberi kenyataan tersebut dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman semalam sebagai menjawab soalan dari ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim. Soalan diajukan adalah berkaitan kemajuan yang telah dicapai dalam bidang komunikasi sejak kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran negeri bermula pertengahan Mei lalu. "Dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Kedah telah dikenal pasti untuk menerima manfaatnya. Buat masa ini, kita (Kedah) telah dapat kelulusan daripada SKMM untuk pembinaan 105 menara pemancar. Manakala dalam rangkaian gentian fiber optik akan diperluaskan melibatkan 91 393 premis di Kedah. Sebelum 2025, saya yakin semua rangkaian 3G akan dinaik taraf kepada 4G. Kedah akan jadi negeri 'Smart City'," ujar YB Romani. Exco Komunikasi dan Multimedia juga yakin dengan kerjasama dari agensi Kerajaan Pusat seperti SKMM, semua permasalahan berkaitan telekomunikasi di negeri ini dapat diselesaikan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #SidangDUN14Kedah -UPDA 11/19/2020, 3:00:25 PM 

Tiada ulasan