Header Ads

test

TEROKAI TEMPAT PELANCONGAN YANG BAHARU DI KEDAH ALOR SETAR - Sektor pelancongan merupakan satu pendapatan utama negeri Kedah da...


TEROKAI TEMPAT PELANCONGAN YANG BAHARU DI KEDAH ALOR SETAR - Sektor pelancongan merupakan satu pendapatan utama negeri Kedah dan masih banyak tempat-tempat yang tidak diterokai oleh Kerajaan negeri untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan. Menurut ADUN Pedu, YB Haji Radzi Md Amin di Kedah terdapat banyak tempat yang boleh dijadikan industri pelancongan dengan memperkemaskan tempat pelancongan yang sedia ada dan terokai tempat-tempat yang mempunyai sejarah tersendiri. "Kalau kita tengok di negara luar, pelancongan ini merupakan satu pendapatan yang hebat untuk menampung kos-kos yang ada di dalam negeri. "Contoh di Bukit Kaci, Pedu berkurun lamanya sehingga hari ini tiada siapa yang terokai untuk menjadi satu tempat sejarah yang dapat menarik pelancong untuk hadir," ujar beliau ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. Beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya mengambil untuk diterokai supaya rakyat dan pelancong dapat melihat sejarah yang masih ada di Kedah. Tambah beliau lagi, kerajaan perlu melihat semula berkaitan tapak pelancongan di Tasik Pedu yang sudah lama tidak dihadiri pelancong akibat dari permasalahan jalan yang sempit yang menyukarkan pelancong hadir ke sana. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/25/2020, 9:23:34 AM 

Tiada ulasan