UPUK TAWAR PINJAMAN KEPADA PENIAGA YANG TERJEJAS COVID-19 ALOR SETAR – Kerajaan Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri ...
UPUK TAWAR PINJAMAN KEPADA PENIAGA YANG TERJEJAS COVID-19 ALOR SETAR – Kerajaan Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) akan menawarkan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini. Menurut Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dr Dato' Mohd Hayati Othman yuran RM10 sahaja dikenakan kepada peniaga-peniaga yang ingin membuka khemah di tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing. "Para peniaga boleh berniaga contoh di Sungai Petani dalam kawasan tertentu, di Alor Setar ni pilih kawasan mana yang sesuai, tidak mengganggu lalu lintas, tidak berhampiran dengan lampu isyarat, menjaga keselamatan mereka, menjaga kebersihan, tidak membuat bidaan kekal di kawasan tersebut kemudian kita akan beri lesen sementara. "Kita juga menyediakan 72,600 kanopi secara percuma kepada peniaga-peniaga ini, atas dasar siapa pergi daftar cepat kita boleh beri,"ujar beliau ketika sesi penggulungan perbahasan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-14 di Wisma Darul Aman. Berkaitan Bajet 2021 bagi pihak kesihatan, Kerajaan Kedah telah menyumbang khemah kepada hospital dan klinik, mengadakan papan iklan berkaitan Covid-19 dan sumbangan penyejuk udara seterusnya sumbangan alat sanitasi kepada 15 parlimen melalui NGO-NGO yang terpilih. "Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar yang memperuntukkan sebanyak RM500 untuk pihak kesihatan. "Kita juga akan menambah pusat-pusat kesihatan iaitu di Pusat Kesihatan Padang Serai dan juga Pusat Kesihatan Pendang yang juga telah mempunyai Pegawai Kesihatan Sosial," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/19/2020, 4:00:00 PM
Post a Comment