Header Ads

test

JANGAN JADIKAN BADAN BERKANUN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK - HAJI SANUSI ALOR SETAR - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan s...


JANGAN JADIKAN BADAN BERKANUN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK - HAJI SANUSI ALOR SETAR - YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan setiap agensi dan badan berkanun hendaklah bebas dari permainan politik. Haji Sanusi berkata demikian pada Majlis Taklimat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, hari ini. "Agensi-agensi yang membantu orang miskin, membangunkan wilayah-wilayah luar bandar ini mesti diberi kebebasan untuk berkongsi dan melaksanakan tanggungjawab mereka selari dengan matlamat mereka ditubuhkan. Kebebasan ini perlu agar setiap sen peruntukan yang diperturunkan melalui agensi-agensi kerajaan ni sampai kepada kumpulan sasar yang sepatutnya secara bebas dan terarah," ujar beliau ketika sidang media selepas majlis taklimat diadakan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah KEDA, YB Datuk Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail dan seluruh Ahli Jawatankuasa KEDA yang telah membuka lembaran baru dalam menerajui KEDA ke arah yang lebih baik. "Tidak akan ada tekanan politik daripada parti pemerintah untuk memastikan agensi ni bebas bergerak berdasarkan matlamat penubuhan agensi tersebut. Sebagai contohnya, KEDA adalah untuk membangunkan wilayah bukan untuk membangunkan parti politik tertentu. "Saya rasa ni satu tindakan yang patut dilaksanakan lama dulu tapi belum terlewat lagi untuk kita mulakan sekarang," tegas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/7/2020, 4:00:02 PM 

Tiada ulasan