Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NEGERI KEDAH DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PERKUKUH MUAFAKAT Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja beliau ke bangunan Parlimen. Terdapat beberapa agenda perbincangan dalam pertemuan khas tersebut. Antaranya mekanisme Kerajaan Persekutuan bagi membantu Kedah memelihara kedaulatan makanan (padi), isu bekalan air dan cadangan merancakkan ekonomi negeri Kedah khususnya dalam sektor pelancongan. Perdana Menteri turut berminat dan mengikuti perkembangan semasa projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang bakal menjadi pemangkin ekonomi kepada negara dan negeri Kedah khususnya. "InsyaAllah, hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan akan dapat merealisasikan Kedah yang sejahtera, nikmatnya akan dapat dinikmati oleh semua", ujar Menteri Besar Kedah lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/1/2020, 9:04:00 AM 

Tiada ulasan