Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PASAR SEGAR TERKAWAL PENUHI KEPERLUAN BAHAN MENTAH DI KAWASAN PKPD KULIM - Bagi memenuhi keperluan bahan mentah masyarakat yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Sungai Seluang, beberapa agensi bertanggungjawab mengambil inisiatif mewujudkan Pasar Segar Terkawal. Pasar Segar Terkawal ini diwujudkan berikutan keputusan yang diambil oleh pemilik premis untuk menghentikan sementara operasi premis perniagaan mereka walaupun kebenaran operasi telah diberikan. Langkah tersebut diambil bagi mengelak risiko dan mencegah penularan wabak COVID-19. Pihak berkuasa seperti KPDNKK Kulim, Pegawai Daerah Kulim dan Yang Dipertua MPKK bersama pegawai IPD Kulim telah melakukan tinjauan operasi dan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). PDRM dan ATM turut membantu menguruskan pendaftaran keluar masuk penduduk yang hadir mendapatkan keperluan bahan mentah. Sumber : Majlis Perbandaran Kulim 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/5/2020, 9:19:47 AM 

Tiada ulasan