Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
KERAJAAN KEDAH RAI NGO BANTU KEBAJIKAN RAKYAT KEDAH ALOR SETAR - Pihak Kerajaan mengalu-alukan usaha murni NGO dan pertubuhan bagi membantu dari aspek kebajikan di negeri Kedah. Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap (PRiHATIN) di Wisma Darul Aman, hari ini. Pengerusi PRiHATIN, Habibullah Salleh berkata, NGO ini ditubuhkan untuk memastikan kebajikan belia dan golongan yang memerlukan khususnya di Padang Terap sentiasa terjaga. Dalam pertemuan ini juga, telah dibentangkan kertas kerja Program Bantuan Belia Miskin Sejahtera bagi membantu belia yang terjejas pendapatan akibat dari pandemik COVID-19. "PRiHATIN ini hadir untuk pastikan bantuan yang kita bagi ini bukan sekadar bantuan untuk mereka meneruskan kehidupan, bahkan bantuan untuk mereka keluar dari kehidupan mereka yang bermasalah kepada kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan," ujar beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/1/2020, 7:00:16 PM
Post a Comment