Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TABIKA KEMAS NEGERI KEDAH RAIH TEMPAT KEDUA DI PERINGKAT KEBANGSAAN ALOR SETAR - Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kedah mendapat tempat kedua di peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembanggunan Insan, YB Hajah Ashah Haji Ghazali hadir merasmikan Majlis Julangan Bakat Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Negeri Kedah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 di Raia Hotel Alor Setar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendidik yang bertungkus lumus dalam dalam memberi didikan kepada anak bangsa dan beliau juga mengucapkan tahniah atas pencapaian KEMAS mendapat tempat kedua di peringkat kebangsaan. Menurut Pengarah KEMAS Negeri Kedah, Nor Azman Abd Rahman berkata KEMAS akan berusaha dengan lebih kuat untuk mendapat tempat pertama pada tahun hadapan. Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Norhafiza Fadzil. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/26/2020, 9:17:48 AM 

Tiada ulasan