Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KERAJAAN NEGERI KEDAH PERTAHAN GUNUNG PULAI KUPANG-Kerajaan negeri akan memastikan Gunung Pulai tidak diusik dengan projek yang mendatangkan kesan buruk kepada penduduk. "Kerajaan negeri akan mengikut kehendak rakyat. Majoriti rakyat mahu Gunung Pulai dijadikan pusat pelancongan. "Mustahil kerajaan negeri membelakangi suara rakyat," ulas ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad ketika ditanya tentang usaha kerajaan bagi memastikan Gunung Pulai selamat daripada sebarang projek batu kapur yang diluluskan kerajaan terdahulu. Dalam perkembangan sama Najmi yang juga Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah berkata, beliau dimaklumkan berita gembira berkenaan Gunung Pulai. Namun, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut buat masa ini. "Tunggulah sedikit masa lagi. Ada khabar yang positif menanti kita semua," katanya. Turut hadir,Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pegawai Daerah, Shahadan Abdullah, dan wakil ADUN Bayu, Fakhorozi Ahmad. Sumber - Facebook Dato' Hj Najmi Hj Ahmad 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/29/2020, 1:05:34 PM 

Tiada ulasan