Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM KASIH ASNAF JPKK KELOMPANG DAERAH KUBANG PASU JERLUN – Seramai 75 orang penduduk menerima sumbangan Program Kasih Asnaf disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Ayer Hitam), YB Cikgu Haji Azhar Ibrahim di sini, pagi tadi. Majlis penyampaian sumbangan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kelompang dengan kerjasama Pejabat Daerah Kubang Pasu serta Amar Musafir Sdn Bhd selaku penaja utama. YB Azhar berkata, Kerajaan Negeri Kedah sedaya upaya berusaha membantu rakyat dalam keterbatasan sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak termasuk NGO. Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Negeri Kedah (ICU), Saiful Azli Mohamed Nor menegaskan bahawa rakyat yang ingin memohon bantuan perlu mendaftar dengan eKasih. Katanya, "eKasih adalah suatu pengkalan data rakyat Kedah dan semua bantuan daripada pihak kementerian dan jabatan di peringat pusat dan negeri akan dirujuk kepada data permohonan yang ada dalam sistem pengkalan data tersebut." "Cari JPKK dan daftar, permohonan akan dibawa ke pejabat daerah untuk diproses," katanya lagi. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Zaidy Omar serta Ketua Pegawai Operasi Amar Musafir Sdn Bhd, Nizam Malek. Hadir bersama memeriahkan majlis ialah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyampaikan taklimat berkaitan program Kasih Ibu Darul Aman(KIDA) dan pihak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang turut mengadakan temuduga kerja kepada penduduk kampung tersebut yang sedang mencari kerja atau berusaha meningkatkan ekonomi mereka. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/23/2020, 4:01:02 PM 

Tiada ulasan