Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KARNIVAL PENJANA KERJAYA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA NEGERI KEDAH 2020 ALOR SETAR - Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Karnival Penjana Kerjaya kepada semua rakyat yang masih tidak mempunyai pekerjaan khususnya di negeri Kedah. Menurut YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, karnival ini berlangsung pada 26 Disember 2020, jam 9.00 pagi dan bertempat di Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang, Kedah. "Ada lebih kurang 1500 kekosongan pelbagai jenis jawatan dalam pelbagai sektor yang melibatkan 14 majikan dari seluruh Utara Semenanjung. Terbuka kepada semua golongan pencari kerja termasuk semua graduan, mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun Orang Kelainan Upaya (OKU)," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, semalam. Tambah beliau lagi, karnival ini turut mengadakan Klinik Resume, Kaunseling Kerjaya dan perlu mematuhi Prosuder Operasi Standard (SOP). "Pencari kerja yang berminat boleh melayari laman sesawang http:/careerfair.perkeso.gov.my untuk pendaftaran serta perlu membawa gambar yang berukuran pasport, salinan sijil serta resume yang mencukupi. Saya menyeru kepada rakyat Kedah yang mencari pekerjaan hadir ke Karnival Penjana di Dewan Cenderawasih. Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua yang sedang mencari pekerjaan di karnival ini," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/17/2020, 3:00:00 PM 

Tiada ulasan