Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB KEDAH ZIARAH PERKUBURAN KELUARGA SYAFIQ AHMAD PENDANG - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Presiden KFA menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukut Murai, Padang Pusing, Pendang. Kehadiran Haji Sanusi bagi memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga Syafiq yang meninggal dunia dan memberi sokongan moral kepada Syafiq Ahmad yang dilanda kesedihan. Muhammad Syafiq Ahmad bersama keluarganya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah mengorbankan anak lelakinya, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia. Jenazah anak lelakinya, Almarhum Muhammad Aisy Saqeef yang baru berusia 22 hari, dikebumikan dalam satu liang lahat bersama ibu mentua Muhammad Syafiq Ahmad, Almarhumah Zainab Wahab, 45. Syafiq, isteri dan anak pertamanya terselamat dalam kemalangan tersebut, namun isteri Syafiq, Nor Amalina Norain, 25, mengalami kecederaan parah. Kemalangan terbabit berlaku awal pagi tadi di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Sungai Bakap, Pulau Pinang. Menteri Besar Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syafiq Ahmad dan mendoakan agar diberi ketabahan menempuh kehidupan setelah kehilangan insan yang tersayang. Turut hadir, Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah merangkap Setiausaha Kehormat KFA, YB Firdaus Ahmad. Allahumaghfirlahum warhamhum wa'afihi wa'fu'anhum. Aamiin Yaa Rabbal'alamin. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/6/2020, 10:40:26 PM 

Tiada ulasan