Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KUPASAN AHLI AKADEMIK TERHADAP CORAK PENTADBIRAN KEDAH ALOR SETAR - Kestabilan politik di Kedah dapat dilihat dengan corak pemerintahan Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Jelas Pengarah Institusi Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Aminurrasyid Yatiban di dalam Wacana Analisis Bajet 2021 Kedah dipengerusikan oleh Pengerusi Yayasan Era Suria Kedah, Najib Nazri yang berlangsung di Pejabat Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) baru-baru ini. "Bukan mudah untuk mewujudkan persefahaman dalam usaha untuk membawa negeri dalam keadaan latar pimpinan yang berbeza. Walaupun latar yang berbeza, parti yang berbeza tetapi pimpinan kerajaan sekarang tidak meletakkan perkara tersebut menjadi keutamaan kerana tidak terlihat berlaku pertelingkahan dalaman, " ujar beliau. Menurut beliau, kerajaan dibawah YAB Haji Sanusi membawa pendekatan politik solusi dengan mencari penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku tanpa mengungkit kisah-kisah lama. "Isu-isu yang sebut bukanlah sebagai 'main point' yang cuba untuk dijaja, yang cuba untuk diketengahkan. Mungkin jika terdapat isu-isu yang uarkan-uarkan hanyalah sebagai penjelasan kepada rakyat," ujar beliau lagi. Jelas beliau, apa yang dilihat dalam kerajaan Perikatan Nasional ini adalah mendahului keperluan rakyat seperti isu Pasukan Bola Sepak Kedah, YAB Haji Sanusi mencari penyelesaian terlebih dahulu dengan menyelesaikan hutang yang tertunggak. Beliau juga yakin dengan semangat yang ada pada pimpinan kerajaan kini mampu menjadikan Kedah negeri yang terbaik kepada rakyat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/4/2020, 7:00:50 PM 

Tiada ulasan