Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


DUN BAYU AGIH BANTUAN TABUNG WANITA SEJAHTERA BAYU - ADUN Bayu, YB Nasir Idris menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Tabung Wanita Sejahtera DUN Bayu di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bayu baru-baru ini. Seramai 30 orang penerima yang layak dipilih oleh pihak kerajaan negeri melalui permohonan dan menepati kriteria yang ditetapkan. Penerima yang berjaya disenarai pendek dipilih berdasarkan keutamaan iaitu bagi yang berpendapatan paling rendah dan pemohon mestilah terdiri daripada mereka yang meniaga secara kecil-kecilan. Dalam perkembangan yang lain, YB Nasir Idris turut turun menyantuni mangsa banjir kilat di Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Gabus Pulai. Sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan beras turut disampaikan semasa lawatan beliau. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pekan Baling dan Pekan Pulai. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/14/2020, 2:00:01 PM 

Tiada ulasan